Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan untuk meringankan beban sara hidup.
Tiga kategori disasarkan dalam kumpulan B40 yang mendaftar dalam sistem eKasih akan menerima insentif bantuan ini.
Semakan kelulusan boleh dilakukan dengan melayari portal eKasih semakan. Jika permohonan anda diluluskan, anda bleh membeli barang yang disenaraikan di bawah:
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
Kategori Penerima:
1). Penerima STR berstatus miskin dan miskin tegar di bawah eKasih atau JKM : Menerima RM1200 (RM100/sebulan)
2). Penerima Isi rumah STR bukan berstatus miskin dan miskin tegar di bawah eKasih atau JKM : Menerima RM300
3). Penerima bujang & warga emas tiada pasangan STR dan bukan berstatus miskin dan miskin tegar dibawah e kasih atau JKM: Menerima RM150
Tarikh Pelaksanaan
22 Januari 2024 - Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu
29 Januari 2024 - Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 - Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
Kaedah Pelaksanaan SARA di Semenanjung
Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah
RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari
2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan
MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh
negara.
Kaedah Pelaksanaan SARA di Sabah dan Sarawak
Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori
melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan BSN seluruh negara.
*kepada golongan B40 yang ingin menerima sumbangan SARA, perlulah membuat permohonan pendaftaran di portal eKasih terlebih dahulu.
Kredit:LHDN
0 Comments