Penyata Gaji Online: Semakan Slip e-Penyata Gaji 2020




Penyata Gaji Online: Semakan Slip e-Penyata Gaji 2020


Berikut panduan mendapatkan slip e penyata gaji terkini dari portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Penyata gaji sangat penting terutama jika anda mahu membuat pinjaman bank bagi pembeli rumah, kereta dan sebagainya.

Sebelum login ke sistem e-Penyata Gaji dan Laporan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pastikan anda baca tutorial ini terlebih dahulu.

Selain sistem gaji, anda juga boleh semak Wang Tak Dituntut di portal rasmi eGUMIS JANM.


Pengenalan

e-Penyata Gaji kini boleh diakses secara online bagi memudahkan pengguna membuat semakan dan mencetak emaklum penyata gaji terkini.

Sebagai pengguna kali pertama, anda WAJIB mendaftar sebagai pengguna baru terlebih dahulu.


Sebelum mendaftar, pastikan anda sediakan beberapa maklumat penting seperti berikut:

  • No. Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan)
  • No. Gaji (boleh dipohon di Unit Gaji tempat anda bertugas)
  • Alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).

Jadual Gaji 2020

Sebelum itu, berikut adalah jadual gaji / tarikh pembayaran gaji sepanjang tahun 2020 (mengikut bulan).

Untuk makluman, Kerajaan telah mengeluarkan pekeliling untuk memaklumkan pembayaran gaji bulanan mengikut kalendar 2020.


  • 16 Januari – Khamis (Tahun Baru Cina 25 & 26 Januari)
  • 24 Februari – Isnin
  • 25 Mac – Rabu
  • 23 April – Khamis
  • 14 Mei – Khamis (Hari Raya Puasa 24 & 25 Mei)
  • 22 Jun – Isnin
  • 23 Julai – Khamis
  • 25 Ogos – Selasa
  • 24 September – Khamis
  • 26 Oktober – Isnin
  • 25 November – Rabu (Hari Deepavali 14 November)
  • 17 Disember – Khamis (Hari Krismas 25 Disember)

Post a Comment

0 Comments